23 July 2011

tHe LeGenD oF "fiTRi" ~ si bUDak hiTAm

Salam. . 
        Kali ni ak nak story kat korang pasal Fitri ~ si budak hitam. Fitri telah dilahirkan pada tanggal 22 haribulan Disember 2002. Dengan kebesaran & keberatan yang nauzubillah seksanya untuk dilahirkan iaitu 4.8 kg. Fitri selamat dilahirkan normal oleh bondanya di hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Wajah Fitri semasa dilahirkan, putih, mulus dan gebu. Nama Fitri yang diberikan adalah sempena bulan Syawal, dimana semua orang muslim menyambut Hari Raya Aidil Fitri iaitu sewaktu dia dilahirkan. Fitri merupakan anak bongsu daripada 8 orang adik-beradik. 

time still putih, mulus dan gebu..haha


        Fitri membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain dan dia amat disayangi dan dimanjakan oleh semua ahli keluarganya. Memandangkan dia yang paling kecil, hampir semua yang diminta akan diberi oleh ayahanda dan bondanya. Namun begitu, apabila umurnya menngkat 5 tahun Fitri mulai nakal dan hyperactive. Dia semakin hari semakin nakal dan berpelakuan seperti kartun kegemarannya, Shin Chan.

unbelievable anan chan

        Pada suatu hari, sedang dia asyik bermain di tepi longkang rumah Sabna (rumah jiran india), Fitri telah terjatuh ke dalam longkang tersebut. Habis badannya basah, busuk dan berwarna hitam. Walaupun sudah dimandikan berulang-kali oleh bondanya dengan sebersih mungkin, kulit Fitri tetap gelap. Maka dengan itu, Fitri mula digelar sebagai FITRI SI BUDAK HITAM.

hannan fitri makin hari makin hitam
fitri with other family
hobi suke mandi. . sebab nak putihkan badan kot. . . hehe
*cerita ni diceritakan semula berdasarkan apa yang anan cerita kat ak bila tanya kenapa dia makin hitam. . . hikhikhik. . .

SEKIAN


1 comment: